WelcomeToMyBlog!! EnjoyIt!!

30/01/2013

Bicara tentang KEMATIAN



Di sini juga saya ingin turut kongsikan sama betapa kita manusia biasa (terutamanya saya) yang sentiasa alpa dan lalai tentang soal kematian yang pastinya akan kita tempuhi suatu masa kelak. Sesungguhnya kematian itu adalah hak. Kematian itu pasti akan dialami dan dirasai oelh setiap makhluk yang berjiwa.

"Setiap yang berjiwa (bernyawa) pasti akan merasai mati".

Sesiapa pun tidak dapat melarikan diri daripada kematian. Itulah hakikat yang harus diterima dan dihadapi oleh semua makhluk yang bernyawa di dunia ini.

Sesiapa sahaja tak kiralah yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda, yang pandai, yang bodoh, yang melayu, yang cina, yang india, yang kafir, yang beriman, yang negro, yang putih, yang gemuk, yang kurus, yang tinggi, yang pendek, yang cantik, yang hodoh, yang bijak, yang cerdik, yang besar, yang kecil, yang manis, yang kelat, yang comel, yang comot, yang lelaki, yang perempuan, yang hebat, yang mulia, yang hina, yang memimpin, yang dipimpin, yang berani, yang penakut, yang pemalu, yang sabar, yang gopoh, yang bijak, dan yang yang yang........


Atau sesiapa sahaja yang bergelar manusia bernyawa pasti tidak akan terlepas dengan kematian.

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah An Nisa': 78)

Ya, sesungguhnya mereka yang terdahulu pergi telah pun merasai kematian, dan telah pun menduduki di alam yang lain. Mahu tidak mahu, kita yang masih bernyawa pasti akan menyusuli mereka.
Al-Fatihah kpd saudara Mohd Fitri bin Jusoh.. teman se-universiti, se-kos...
yg meninggal akibat lemas di pantai pandak.. (tempat yg selalu i pegi)

Semoga menjadi renungan buat kita bersama terutama buat diri ini.

No comments: